BEIJING: China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Mi Feng, berkata sembilan daerah di peringkat wilayah di China masing-masing telah melaporkan lebih 100 kes COVID-19 sejak Ogos, dengan lebih 2,000 jangkitan di Hainan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Pegawai itu juga menyebut bahawa wabak COVID-19 terbaharu di bandar pesisir pantai Sanya di wilayah Hainan di selatan China merebak cepat, selain wabak di peringkat wilayah seperti Xinjiang, Mongolia Dalam dan Guangdong sedang menular dengan pantas.

Kes yang dilaporkan baru-baru ini di Wilayah Autonomi Tibet juga mencetuskan risiko penularan yang tinggi, kata Mi sambil menambah bahawa keadaan epidemiologi di beberapa wilayah yang sebelum ini melaporkan mengenai jangkitan telah dapat dikawal.

NHC mengumumkan bahawa tanah besar pada Rabu mencatatkan 614 jangkitan tempatan baharu pada minggu lalu, termasuk 559 kes di wilayah Hainan, lapornya.

-- BERNAMA