awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China gandakan usaha kesan, tangkap perompak makam

Agensi
Agensi
17/04/2021
06:34 MYT
China gandakan usaha kesan, tangkap perompak makam
Subjek pengembaraan penggali makam semakin menjadi pilihan pembikin filem dan rancangan televisyen. - Facebook Sukkamol Wongsawan
CHINA kini menggandakan usaha menangkap perompak makam.
Tahun lalu sahaja, pihak berkuasa menahan 2,400 individu dan merampas semula lebih 31,000 barang yang hilang atau dicuri, hampir tiga kali jumlah berbanding tahun sebelumnya.
Agensi kerajaan memaklumkan mereka kini sedang memburu perompak makam dan melaksanakan hukuman yang lebih tegas.
Pada tahun 2017, seorang lelaki yang disabitkan kerana mengetuai kumpulan 200 perompak makam, dikenakan hukuman mati.
Dianggarkan kira-kira 90 peratus dari semua makam besar yang diketahui lokasinya telah menjadi sasaran perompak, kata Ni Fangliu, seorang sarjana bebas.
Tapak di wilayah Shaanxi telah menjadi sasaran selama berabad-abad.
Dan kini, penjenayah mencari kawasan baharu, termasuk Xinjiang di barat laut China dan Mongolia.
Mereka yang menjalankan kegiatan ini semakin profesional dan mempunyai jalinan hubungan yang baik.
Sebilangannya disokong oleh pelabur yang menanggung perbelanjaan perjalanan dan mendapatkan peralatan bersesuaian.
Tabu di sekitar makam lama semakin pudar, sedikit demi sedikit. Dahulunya ia begitu kuat sehingga ahli arkeologi sendiri cuba mengelak dari menggali kubur.
Tetapi pada tahun 2006, dua novel fantasi terkenal, "Grave Robbers 'Chronicles" dan "Ghost Blows Out the Light" menjadi popular, membuat 'kerjaya' itu kelihatan menyeronokkan.
Subjek pengembaraan penggali makam semakin menjadi pilihan pembikin filem dan rancangan televisyen, sekali gus membuatkan pihak berkuasa tidak senang duduk.
Pada tahun 2016, lidah Parti Komunis mendesak orang ramai agar tidak terpesona dengan subjek sedemkian kerana "menggali kubur nenek moyang adalah amalan jahat".
Topic Berkaitan
#China
#perompak makam
#Hukuman
#penjenayah
#filem
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan