Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Oktober 2025.
Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia merangkumi pelbagai bidang termasuk penyelidikan, pendidikan, sains, perdagangan dan pelaburan.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.06 pagi ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.
Presiden Amerika Syarikat menyifatkan Malaysia sebagai "negara yang hebat, sangat bertenaga" selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Syed Saddiq dan tiga pengundi untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan memberhentikan peruntukan kawasan Parlimen berkenaan.
6. Perjanjian dagangan tidak tekan kedaulatan Malaysia, kata Duta AS
6. Perjanjian dagangan tidak tekan kedaulatan Malaysia, kata Duta AS
Perjanjian dagangan baharu antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia, sebaliknya memperkukuh kerjasama dua hala.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan sebarang dokumen yang tular di WhatsApp berkaitan larangan penggunaan telefon pintar untuk individu di bawah umur 16 tahun.
Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan sebagai "menakjubkan" bagaimana bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mampu bertukar antara "dua topeng" ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi.
Buku berjudul Dato Tun Hisan Bin Tun Hamzah: Breaking the Chains of Gangsterism disifatkan sebagai penulisan yang lengkap dan bernilai tinggi, bukan sahaja untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga wajar dijadikan bahan kajian di institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam bidang sains sosial.
Prosiding inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir hari ini bersambung dengan keterangan dua saksi kanak-kanak di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu, Sabah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


