awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan

Bernama
Bernama
24/03/2024
22:45 MYT
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Wu Qian berkata China bersedia untuk menyelesaikan pertikaian dengan Filipina dengan cara yang sesuai melalui dialog dan perbincangan, bagaimanapun Manila telah melanggar ikrarnya. - Gambar fail
BEIJING: Beijing menggesa Manila menghentikan pencabulan dan provokasi berhampiran Beting Thomas Kedua, juga dikenali sebagai Terumbu Ren'ai di Laut China Selatan, berikutan insiden baru-baru ini antara kapal Filipina dan Pengawal Pantai China, kata jurucakap Kementerian Pertahanan China Wu Qian pada Ahad.
Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan tentera Filipina pada Sabtu bahawa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
"Pada 23 Mac, sebuah kapal Filipina menceroboh perairan berhampiran Terumbu Ren'ai China, cuba menghantar bekalan kepada kapal perangnya yang 'terdampar' secara haram.
"Pengawal pantai China, mengikut undang-undang dan peraturan, menyekat dan mengalihkan kapal Filipina [dari perairan yang berkaitan] untuk menghentikan cubaan pencabulan dan provokasi oleh Filipina," katanya.
Wu berkata insiden terbaru disebabkan "oleh provokasi Filipina," sementara tindakan China adalah "rasional, sah dan profesional,".
Jurucakap itu berkata China bersedia untuk menyelesaikan pertikaian dengan Filipina dengan cara yang sesuai melalui dialog dan perbincangan, bagaimanapun Manila telah melanggar ikrarnya.
Gabungan beberapa pulau dan terumbu di Laut China Selatan, termasuk Beting Thomas Kedua yang dikuasai Filipina, telah menjadi subjek pertikaian antara China, Filipina dan beberapa negara Asia Pasifik lain selama beberapa dekad.
Mahkamah Timbang Tara Tetap pada Julai 2016 mendapati tuntutan menyeluruh China ke atas Laut China Selatan tidak mempunyai asas undang-undang, namun keputusan itu tidak dipedulikan Beijing.
Mahkamah memutuskan bahawa pulau-pulau itu bukan wilayah yang dipertikaikan dan tidak membentuk zon ekonomi eksklusif.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Laut China Selatan
#China
#Filipina
#Beting Thomas Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan