awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China gesa keselamatan dan kestabilan dipulihkan di Gaza

Bernama
Bernama
24/10/2025
09:03 MYT
China gesa keselamatan dan kestabilan dipulihkan di Gaza
Fu turut menegaskan bahawa Israel mesti menghentikan aktiviti penempatan Yahudi di Tebing Barat serta tindakan merosakkan asas tadbir urus Pihak Berkuasa Palestin (PA). - Reuters
NEW YORK: China menggesa agar semua pihak terlibat mematuhi sepenuhnya perjanjian gencatan senjata serta memastikan keselamatan dan kestabilan dipulihkan di Gaza.
Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika menghadiri sesi perdebatan terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai Asia Barat pada Khamis.
Fu berkata Gaza adalah tanah air rakyat Palestin, bukan cip tawar-menawar dalam politik antarabangsa.
Beliau menegaskan sebarang aturan berkaitan masa depan Gaza perlu dibuat berdasarkan prinsip 'rakyat Palestin mentadbir Palestin' serta menghormati kehendak rakyat Palestin, selaras konsensus yang dicapai masyarakat antarabangsa.
Fu turut menegaskan bahawa Israel mesti menghentikan aktiviti penempatan Yahudi di Tebing Barat serta tindakan merosakkan asas tadbir urus Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa bersatu menentang sebarang tindakan sepihak yang menjejaskan asas pelaksanaan 'penyelesaian dua negara', serta menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka di samping keanggotaan penuh Palestin dalam PBB secepat mungkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#kestabilan
#keamanan
#China
#PBB
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan