Skip to main content

Dunia

Kuwait sahkan loji janakuasa terbakar selepas serangan didakwa dilancar Iran

Kuwait mengesahkan sebuah loji janakuasa elektrik dan penyahmasinan air mengalami kerosakan serta terbakar selepas menjadi sasaran serangan yang didakwa dilancarkan Iran -Gambar fail/AP
Kuwait mengesahkan sebuah loji janakuasa elektrik dan penyahmasinan air mengalami kerosakan serta terbakar selepas menjadi sasaran serangan yang didakwa dilancarkan Iran -Gambar fail/AP
Advertisement

KUWAIT CITY: Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Baharu Kuwait mengesahkan sebuah loji janakuasa elektrik dan penyahmasinan air mengalami kerosakan serta terbakar selepas menjadi sasaran serangan yang didakwa dilancarkan Iran, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di lokasi kejadian, manakala pasukan teknikal sedang menjalankan kerja pembaikan bagi memulihkan operasi unit yang terjejas serta memantau kestabilan rangkaian bekalan elektrik negara.

 

Advertisement

 

Susulan insiden itu, kementerian berkenaan turut menggesa rakyat dan penduduk Kuwait supaya menggunakan elektrik secara berhemat bagi mengurangkan beban terhadap sistem bekalan tenaga.

Advertisement

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa telah memusnahkan beberapa sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) serta peluru berpandu di beberapa lokasi di Kuwait yang menurutnya digunakan sebagai pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS).

IRGC turut mendakwa serangan berkenaan menyasarkan kemudahan ketenteraan dan kumpulan yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurut IRGC, operasi itu turut mengorbankan sejumlah anggota kumpulan anti-revolusi dan pasukan khas AS, selain menegaskan operasi ketenteraan berkenaan masih diteruskan.

 

Must Watch Video

Advertisement