awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China hasrat jadikan Greenland sebagai 'tapak strategik' bagi kepentingan di Artik - DNI

Bernama
Bernama
26/03/2025
09:08 MYT
China hasrat jadikan Greenland sebagai 'tapak strategik' bagi kepentingan di Artik - DNI
China secara beransur-ansur meningkatkan penglibatannya dengan Greenland, terutamanya melalui projek perlombongan, pembangunan infrastruktur dan penyelidikan saintifik. -Reuters
MOSCOW: China semakin meningkatkan penglibatan dengan Greenland, termasuk dalam sektor perlombongan dan pembangunan infrastruktur, dengan matlamat menjadikan pulau itu sebagai "tapak strategik" bagi memperkukuh kepentingannya di Artik, menurut Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan (DNI) Amerika Syarikat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"China secara beransur-ansur meningkatkan penglibatannya dengan Greenland, terutamanya melalui projek perlombongan, pembangunan infrastruktur dan penyelidikan saintifik.
"Walaupun penglibatan ketika ini kurang aktif, matlamat jangka panjang China adalah untuk memperluas akses kepada sumber semula jadi Greenland, di samping menggunakan akses tersebut sebagai tapak strategik utama bagi memajukan kepentingan ekonomi dan strategik lebih luas di Artik," menurut laporan Penilaian Ancaman Tahunan 2025 yang diterbitkan oleh agensi itu pada Selasa.
China berusaha mendapatkan akses kepada sumber asli di Artik, termasuk minyak, gas dan mineral, selain laluan perkapalan yang lebih langsung dan cekap ke Rusia serta kawasan lain di Hemisfera Utara, bagi memacu pertumbuhan ekonominya dan meningkatkan keselamatan tenaga dengan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga dari Timur Tengah, tambah laporan itu.
Selain itu, Washington percaya bahawa minat Rusia terhadap Greenland didorong oleh kedudukan strategik pulau itu yang berdekatan dengan laluan laut penting antara Lautan Artik dan Atlantik, termasuk bagi kapal selam nuklear, serta hakikat bahawa Greenland menempatkan sebuah pangkalan tentera utama AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Greenland
#tapak strategik
#perlombongan
#pembangunan infrastruktur
#artik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan