awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China: Kapal angkasa Shenzhou-15 dilancarkan hari ini

Bernama
Bernama
29/11/2022
08:17 MYT
China: Kapal angkasa Shenzhou-15 dilancarkan hari ini
Kapal angkasa Shenzhou-15 akan dilancarkan pada 11.08 malam ini dan misi itu bakal dilaksanakan tiga angkasawan Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu. - Gambar BERNAMA
BEIJING: Kapal angkasa Shenzhou-15 akan dilancarkan pada 11.08 malam ini dan misi itu bakal dilaksanakan tiga angkasawan Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu.
Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Program Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO) di sini, pada Isnin.
Shenzhou-15 adalah langkah terakhir bagi fasa pembinaan stesen angkasa China dan juga misi pertama bagi fasa seterusnya.
Difahamkan, kru Shenzhou-15 dan Shenzhou-14 akan bertemu dan melaksanakan penyerahan misi secara bersemuka di stesen angkasa yang akan menjadi tumpuan misi kali ini.
Selepas penyerahan misi dijalankan, stesen angkasa China akan memasuki mod residensi jangka panjang.
Kru Shenzhou-15 iaitu kru pertama yang menggunakan stesen angkasa itu selepas siapnya projek pembinaan akan menjalankan misi pengesahan residensi jangka panjang.
Sebagai tambahan kepada penyelenggaraan dan penjagaan harian stesen angkasa, angkasawan akan melengkapkan dan menguji 15 kabinet eksperimen saintifik serta menjalankan lebih 40 eksperimen sains dan teknologi angkasa.
Dalam tempoh misi kali ini, angkasawan China akan melaksanakan tiga hingga empat kali aktiviti luar kenderaan (EVA) dengan lingkungan EVA masing-masing lebih luas, sekali gus memberi cabaran lebih besar.
Selain itu, dua kapal angkasa Shenzhou akan berlabuh di stesen angkasa pada masa yang sama buat kali pertama.
Selepas pertemuan dan dok kapal angkasa dan pemasangan stesen angkasa, stesen angkasa China akan mempunyai bentuk unik iaitu 'tiga kabin dan tiga kapal' yang terdiri modul teras Tianhe, modul eksperimen Wentian, modul eksperimen Mengtian, dua kapal angkasa dan satu kapal angkasa kargo.
Untuk rekod, ia juga merupakan konfigurasi terbesar stesen angkasa China pada masa ini dengan jumlah berat badan hampir 100 tan dan akan mencerminkan keupayaan kejuruteraan penerbangan angkasa lepas China kepada seluruh dunia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kapal angkasa China
#Shenzhou-15
#angkasawan China
#Stesen Angkasa China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan