awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Pesta Pulau Pinang jadi tumpuan, tawar pelbagai tarikan
Google benarkan tukar nama akaun Gmail, terhad 3 kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera

Bernama
Bernama
27/12/2025
02:10 MYT
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Keadaan di dalam masjid yang musnah akibat letupan ketika solat Jumaat, di Homs, Syria, 26 Dis 2025. REUTERS
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di bandar Homs, tengah Syria ketika solat Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan.
Pengarah Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans Najeeb Al-Naasan berkata, "angka korban masih belum dimuktamadkan dan berkemungkinan meningkat," lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa serangan itu menyasarkan Masjid Imam Ali ibn Abi Talib di Jalan Al-Khodari, di kawasan Wadi al-Dhahab.
Unit keselamatan segera dikerah ke lokasi kejadian dan melaksanakan kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.
Pasukan khas telah memulakan siasatan serta mengumpul bukti bagi mengenal pasti dan memburu pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.
Pentadbiran baharu Syria sedang berusaha memperketat langkah keselamatan di seluruh negara serta memburu saki-baki rejim lama yang dituduh mencetuskan ketidakstabilan keselamatan.
Bashar al-Assad, yang memerintah Syria hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Ba'ath yang berkuasa sejak 1963.
Sebuah pentadbiran peralihan baharu yang diketuai Presiden Ahmad al-Sharaa dibentuk pada Januari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#masjid
#Syria
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan