BEIJING: China kekal entiti ekonomi kedua terbesar dunia dengan kapasiti ekonominya mencecah RMB110 trilion (sekitar RM73 trilion), menurut buletin statistik disiarkan Biro Statistik Negara (NBS) pada Isnin.
Statistik NBS menunjukkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menokok 8.1 peratus pada 2021, sekali gus mendahului entiti ekonomi utama di dunia dengan purata pertumbuhan pada kadar 5.1 peratus dalam tempoh dua tahun lalu.
Di samping itu, KDNK per kapita China juga melebihi paras purata dunia dengan mencecah RMB80,000 (RM53,000), manakala jumlah import dan eksport turut meningkat 21.4 peratus kepada RMB39.1 trilion (RM26 trilion).
Prestasi itu menjadikan China kekal sebagai negara perdagangan barangan terbesar dunia bagi lima tahun berturut-turut.
Ahli ekonomi kanan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD), Liang Guoyong berkata keterbukaan China yang berterusan bukan sahaja memacu pemulihan perdagangan global, malah amat signifikan kepada pewujudan iklim perdagangan yang terbuka, terangkum dan saling menguntungkan.
"Ketika wabak COVID-19 masih menular dalam lingkungan sejagat, penganjuran acara perdagangan bertaraf antarabangsa secara besar-besaran seperti Ekspo Perkhidmatan Perdagangan Antarabangsa China (CIFTIS) dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) memberi peluang penting kepada pelbagai negara untuk menjana pengeksportan dan pertumbuhan.
"Ia juga bermanfaat bagi memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa, mendinamikkan perdagangan dan pelaburan, serta menggalakkan pemulihan ekonomi dunia yang seimbang," katanya.
Statistik juga menunjukkan, penggunaan pelaburan langsung asing oleh China mencatat RMB1.1 trilion (RM730 bilion) pada 2021, naik 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Presiden Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS) di Selatan China, Harley Seyedin berkata syarikat Amerika menyaksikan perniagaan yang amat baik di China pada tahun lepas, dengan terus memperoleh keuntungan.
"Setahu saya, anggota kami turut memperuntukkan belanjawan lebih daripada USD18 bilion(RM75 bilion) untuk dilaburkan lagi di China dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang bagi memperluas perniagaan sedia ada serta mendapat bahagian pasaran lebih banyak.
"Pada masa sama, kami juga dapat memperkenalkan teknologi dan produk baharu ke pasaran China," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Penggunaan pelaburan langsung asing oleh China mencatat RMB1.1 trilion (RM730 bilion) pada 2021, naik 14.9 peratus berbanding 2020. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.