awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China keluarkan kertas putih tadbir urus ruang siber era baharu

Bernama
Bernama
17/03/2023
14:55 MYT
China keluarkan kertas putih tadbir urus ruang siber era baharu
Kertas putih itu turut memperincikan tentang kerjasama antarabangsa dalam usaha meningkatkan tadbir urus ruang siber. - Foto BERNAMA
BEIJING: China pada Khamis mengeluarkan satu kertas putih mengenai 'Tadbir Urus Ruang Siber Berasaskan Undang-undang China pada Era Baharu'.
Menurut kertas putih itu, China sudah menggubal dan menguatkuasakan lebih 140 undang-undang melibatkan tadbir urus siber sejak 1994, iaitu di awal bermulanya penyambungan internet yang merangkumi kesemua fungsinya.
Pengarah Pejabat Undang-undang Ekonomi Suruhanjaya Hal Ehwal Perundangan di bawah Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Yue Zhongming memaklumkan bahawa lima undang-undang khas telah digubal sejak beberapa tahun lalu bagi mendorong pembangunan internet yang sihat berdasarkan undang-undang.
"Berpandukan Undang-undang Keselamatan Siber yang digubal pada 2016, pendaftaran dengan nama sebenar dalam siber dapat dilaksanakan, selain turut menetapkan sistem danlangkah-langkah bagi memelihara keselamatan produk, perkhidmatan serta pengoperasian siber.
"Undang-undang e-dagang yang dikeluarkan pada 2018 pula telah mengemaskini aktiviti e-dagang dengan menyeluruh.
"Sementara, Undang-undang Keselamatan Data dan Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi pada 2021 pula dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan dalam menjamin keselamatan data negara, serta melindungi hak dan kepentingan peribadi setiap warganegara," jelas beliau.
Yue berkata pada 2022 pula, Undang-undang Antipenipuan Rangkaian Telekomunikasi pula digubal bagi membentuk sistem tadbir urus yang komprehensif yang merangkumi telekomunikasi, kewangan dan internet.
Kertas putih itu turut memperincikan tentang kerjasama antarabangsa dalam usaha meningkatkan tadbir urus ruang siber.
Naib Pengarah Pejabat Maklumat Internet Negara, Cao Shumin menyatakan bahawa pelbagai negara mempunyai tamadun perundangan masing-masing yang pasti akan menemui model tadbir urus pembangunan internet sendiri.
"China akan mengikuti bimbingan konsep yang disarankan Presiden Xi Jinping dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber bersama-sama dengan negara lain, serta menerokai jalan yang efisien supaya membantu umat manusia lebih memanfaatkan internet," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#keselamatan siber
#Xi Jinping
#E-dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan