awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China kemuka pendirian mengenai isu Ukraine

Bernama
Bernama
24/02/2023
09:01 MYT
China kemuka pendirian mengenai isu Ukraine
China mengesyorkan supaya kedaulatan pelbagai negara dihormati dan mentaliti Perang Dingin perlu ditolak. - Gambar fail/Reuters
BEIJING: Kementerian Luar China hari ini mengemukakan dokumen mengenai pendirian China berhubung penyelesaian krisis Ukraine yang berlandaskan politik.
China mengesyorkan supaya kedaulatan pelbagai negara dihormati dan mentaliti Perang Dingin perlu ditolak.
Memetik dokumen berkenaan, kewujudan keselamatan sesebuah negara tidak boleh menjejaskan negara lain dan keselamatan serantau tidak boleh dijamin dengan pengukuhan mahupun perluasan blok ketenteraan.
Di samping itu, kepentingan dan keprihatinan yang munasabah pelbagai negara mengenai keselamatan perlu dititikberatkan serta ditangani secara baik.
China juga menyarankan pihak yang berkonflik melaksanakan gencatan senjata dan mengadakan rundingan damai.
Pelbagai pihak perlu mengamalkan sikap rasional dan munasabah serta mengelakkan mengambil tindakan yang boleh menyemarakkan lagi ketegangan.
Memandangkan dialog dan rundingan dianggap jalan tunggal bagi menyelesaikan krisis Ukraine, China melihat bahawa segala usaha yang bermanfaat bagi penyelesaian krisis secara damai perlu digalakkan dan disokong.
Antara isu lain yang turut diketengahkan China dalam dokumen itu termasuk penyelesaian masalah kemanusiaan, perlindungan rakyat jelata dan tahanan perang, keselamatan loji janakuasa elektrik nuklear, pengurangan risiko strategi dan kerancakan pengangkutan bahan makanan.
China juga menggesa agar sekatan sepihak dibatalkan serta usaha dilakukan bagi menjamin kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan selain mendorong pembangunan pascaperang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Ukraine
#Perang Dingin
#kedaulatan negara
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan