awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China kini miliki dua taman botani negara

Bernama
Bernama
11/07/2022
22:00 MYT
China kini miliki dua taman botani negara
Taman ini bukan sahaja menjadi taman botani tropika Asia Selatan terbesar di dunia setakat ini, malah merupakan satu daripada institusi perlindungan dan penyelidikan tumbuhan paling bersejarah di China. - Foto China Media Group
GUANGZHOU: Sebuah lagi Taman Botani Negara dirasmikan di Guangzhou pagi semalam, taman botani kedua selain yang ada di China selain Taman Botani Negara Beijing.
Taman itu bukan sahaja menjadi taman botani tropika Asia Selatan terbesar di dunia setakat ini, malah merupakan satu daripada institusi perlindungan dan penyelidikan tumbuhan paling bersejarah di China.
Berkeluasan sehingga 333 hektar merangkumi kawasan pameran dan penyelidikan saintifik, pelbagai kerja seperti pemeliharaan, pengajian dan penyelidikan saintifik tumbuhan di rantau tropika serta subtropika di dunia akan dijalankan di taman itu.
Difahamkan, jumlah jenis tumbuhan yang dipindah dan dipelihara di taman itu mencecah 17,000 jenis, merangkumi tumbuhan hutan hujan tropika, dataran tinggi, eksotik dan padang pasir.
Antara tumbuhan yang berjaya dipindah dan ditumbuh di taman itu termasuk 643 spesies hampir pupus dan 337 spesies tumbuhan liar penting peringkat kebangsaan.
Dalam perkembangan lain, Pusat Pemeliharaan Pemindahan Botani Negara Selatan China dijangka akan dibina dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Sebaik siap kelak, ia dijangka membolehkan 95 peratus tumbuhan hampir pupus di kawasan selatan China dapat dipelihara dengan lebih berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taman Botani Negara
#Guangzhou
#penyelidikan saintifik tumbuhan
#taman botani kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan