Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Sri Aman dan Serian catat penurunan IPU, Pasir Gudang kekal rekod bacaan tertinggi

IPD Serian merekodkan bacaan IPU 128 berbanding 139 sejam sebelumnya, manakala Sri Aman mencatatkan penurunan kepada 112 berbanding 128 pada jam sebelumnya. -Gambar fail/Bernama
IPD Serian merekodkan bacaan IPU 128 berbanding 139 sejam sebelumnya, manakala Sri Aman mencatatkan penurunan kepada 112 berbanding 128 pada jam sebelumnya. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Bacaan IPU di Sri Aman dan IPD Serian, Sarawak menurun tetapi masih dalam kategori tidak sihat bersama dua stesen di Johor setakat 6 petang.
  • Pasir Gudang mencatat IPU tertinggi negara pada paras 155, diikuti Larkin 152, manakala IPD Serian dan Sri Aman masing-masing 128 dan 112.
  • Hanya tiga kawasan kekal dalam kategori baik, iaitu Taiping, Langkawi dan Kangar, dengan Kangar merekodkan bacaan IPU terendah iaitu 32.

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak terus menurun, namun kedua-dua kawasan itu bersama dua lagi stesen di Johor masih berada dalam kategori tidak sihat setakat jam 6 petang ini.

Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 155. Larkin pula mencatatkan sedikit penurunan kepada 152 berbanding 153 pada jam 5 petang.

Di Sarawak, IPD Serian merekodkan bacaan IPU 128 berbanding 139 sejam sebelumnya, manakala Sri Aman mencatatkan penurunan kepada 112 berbanding 128 pada jam sebelumnya.

Bagi kategori sederhana, sebanyak 60 stesen pengawasan berada dalam julat berkenaan dengan Samarahan dan Kuching di Sarawak terus menghampiri kategori tidak sihat apabila masing-masing merekodkan bacaan IPU 98 dan 97.

Batu Pahat di Johor pula mencatatkan peningkatan kepada bacaan IPU 95 berbanding 93 sejam sebelumnya.

Sementara itu, jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara baik, iaitu bacaan IPU 50 dan ke bawah, berkurangan kepada tiga selepas Sandakan di Sabah kembali berada dalam kategori sederhana dengan bacaan 51.

Tiga kawasan yang kekal dalam kategori baik ialah Taiping, Perak (49), Langkawi, Kedah (41) dan Kangar, Perlis (32), yang turut merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap asma atau penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi setakat jam 6 petang? 
    A: Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 155.
  • Q: Berapakah bacaan IPU di Sri Aman dan IPD Serian di Sarawak? 
    A: Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 112, manakala IPD Serian mencatatkan bacaan 128 setakat jam 6 petang.
  • Q: Berapa banyak stesen pengawasan berada dalam kategori sederhana? 
    A: Sebanyak 60 stesen pengawasan berada dalam kategori sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya? 
    A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya.
  • Q: Apakah nasihat kepada orang ramai berikutan bacaan IPU tidak sihat? 
    A: Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement