BEIJING:Kementerian Luar China komited dalam melindungi kedudukan wartawan China di Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan kerajaan AS untuk memendekkan tempoh lanjutan visa bagi mereka.

Menurut jurucakap kementerian berkenaan, Wang Wenbin, China bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang seharusnya demi melindungi wartawan China yang bekerja di AS, selain mendesak agar kerajaan pimpinan Donald Trump menghentikan berpolitik khususnya terhadap warga media.

“China kekal komited dalam melindungi hak dan kedudukan wartawan China di AS dan bersedia mengambil langkah-langkah yang seharusnya demi kebajikan dan hak wartawan China.

“Kami turut mendesak AS menghentikan perbuatan politik yang menindas wartawan China di negara itu” kata Wang kepada REUTERS.

Sebelum ini, kerajaan AS mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh penangguhan visa bagi wartawan China selama 90 hari.

Dalam pada itu, China telah mengusir ahli media AS yang bekerja di syarikat media AS di China dan memperkenalkan pelaksanaan visa baharu khususnya syarikat media AS.

Hubungan di antara kedua-dua negara itu tergendala susulan berlaku konflik perdagangan dan pandemik COVID-19 yang bermula di Wuhan, China.