awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China, Kremlin tangguh ucap tahniah kepada Biden

Saraya Mia
Saraya Mia
09/11/2020
11:03 MYT
China, Kremlin tangguh ucap tahniah kepada Biden
Biden memperolehi jumlah undian elektoral yang mencukupi bagi memegang jawatan Presiden AS bagi penggal 2021 hingga 2024, namun penjawatnya Donald Trump tidak ingin mengaku kalah. - Gambar fail
CHINA menangguh dahulu ucapan tahniah kepada calon Demokrat, Joe Biden atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Sebaliknya negara pimpinan Xi JInping itu akan mengikut tatacara tertentu sebelum memberi reaksi terhadap keputusan itu.
“Kami dimaklumkan tentang pengakuan kemenangan Biden, namun kami juga percaya bahawa keputusan Pilihan Raya AS ada undang-undang dan prosedur yang tertentu,” kata jurucakap luar China, Wang Wenbin dalam sidang media harian.
Biden memperolehi jumlah undian elektoral yang mencukupi bagi melayakkannya menyandang jawatan Presiden AS bagi penggal 2021 hingga 2024, namun Donald Trump tidak ingin mengaku kalah.
Sebelum ini, penyandang jawatan Presiden AS dari parti Republikan itu mendakwa pilihan raya kali ini tidak adil dan undi tidak sah juga dikira.
Trump berjanji akan mengambil tindakan undang-undang untuk membuktikan dirinya masih berhak berada di White House, seterusnya meneruskan penggal kepresidenannya.
Selain China, Kremlin turut mengambil keputusan untuk menangguh ucapan tahniah terhadap Biden.
“Moscow berasa bahawa lebih baik untuk tunggu keputusan rasmi diumumkan sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Beberapa proses undang-undang dijangkakan berlaku susulan pengumuman presiden Trump, oleh itu kali ini ia tidak sama seperti kemenangan Presiden pada pilihan raya sebelum ini,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, lapor Reuters.
Presiden Vladimir Putin tidak mengeluarkan kenyataan selepas Biden meraih kemenangan menentang Trump.
Pada tahun 2016, Putin mengucapkan tahniah kepada Trump sejurus sahaja menewaskan Hillary Clinton dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengucapkan tahniah kepada Biden atas kemenangan yang turut diraikan penyokong Demokrat di seluruh negara sejak Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Vladimir Putin
#China
#Amerika Syarikat
#AS
#Joe Biden
#presiden as
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan