awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif

Bernama
Bernama
03/02/2026
15:15 MYT
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
Che Samsuzuki berkata pada tahun lepas sahaja, pihaknya menerima hampir 20,000 permohonan baharu dengan purata bagi setiap jajahan sekitar 1,500 hingga 1,600 orang. - Gambar Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
TUMPAT: Lebih 51,000 penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan masih aktif setakat ini, kata Pengarahnya Che Samsuzuki Che Noh.

Ringkasan AI
  • Lebih 51,000 penerima bantuan dari JKM Kelantan masih aktif, termasuk elaun pekerja OKU dan bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.
  • Bantuan JKM ini adalah kumulatif, tetapi penerima yang meningkat taraf ekonomi atau meninggal akan terkeluar dari program.
  • Pada tahun lepas, hampir 20,000 permohonan baru diterima dengan purata 1,500 hingga 1,600 orang setiap jajahan, dengan penerima tertinggi di Kota Bharu, Tumpat, dan Pasir Mas.

Beliau berkata jumlah itu meliputi lapan skim bantuan termasuk untuk kanak-kanak dan warga emas membabitkan peruntukan sebanyak RM282 juta pada tahun lepas.
"Antara penerima bantuan yang ramai di Kelantan adalah elaun pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) dan bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.
"Bantuan JKM ini bersifat kumulatif, manakala kes terkeluar daripada menerima bantuan ini adalah mereka yang telah melepasi paras garis kemiskinan dan meninggal dunia," katanya selepas Program Dialog Awam bersama kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat dan pemimpin setempat di sini, hari ini.
Che Samsuzuki berkata pada tahun lepas sahaja, pihaknya menerima hampir 20,000 permohonan baharu dengan purata bagi setiap jajahan sekitar 1,500 hingga 1,600 orang.
"Permohonan baharu ini akan melalui beberapa prosedur terlebih dahulu mengikut syarat yang ditetapkan dan akan dinilai oleh pegawai JKM.
"Jumlah penerima bantuan tertinggi di negeri ini adalah di jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#warga emas
#meninggal dunia
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan