awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China larang pegawai kerajaan guna iPhone

Agensi
Agensi
06/09/2023
14:28 MYT
China larang pegawai kerajaan guna iPhone
Larangan itu dikuat kuasa menjelang acara Apple pada minggu depan, yang menurut pemerhati, akan memperkenalkan deretan model baharu iPhone. - Gambar fail
BEIJING: China telah mengeluarkan arahan supaya para pegawai di agensi kerajaan pusat tidak menggunakan telefon pintar iPHone mahupun peranti jenama asing di tempat kerja, mahupun membawanya ke dalam pejabat.
Wall Street Journal melaporkan, arahan itu diberikan oleh pihak atasan kepada para pekerja masing-masing dalam minggu-minggu kebelakangan ini, namun masih belum jelas bagaimana arahan itu dilaksanakan.
Larangan berkenaan dikuat kuasa menjelang acara Apple pada minggu depan, yang menurut pemerhati, akan memperkenalkan deretan model baharu iPhone. Perkembangan mengenai larangan itu, seiring ketegangan hubungan Sino-AS, dilihat mencetus kebimbangan dalam kalangan syarikat asing yang beroperasi di China.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada larangan itu turut dikenakan ke atas penggunaan pembuat telefon pintar lain selain Apple.
Selama lebih sedekad, China cuba untuk tidak bergantung terhadap teknologi luar, sebaliknya bank-bank diminta beralih kepada perisian tempatan serta mempromosi pengeluaran cip domestik.
Beijing memperluas kempen itu pada tahun 2020, apabila para pemimpin mencadangkan model pertumbuhan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pasaran dan teknologi luar negara.
Topic Berkaitan
#pegawai kerajaan china
#iPhone
#China
#persaingan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan