awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China mahu selebriti tempatan henti bersolek melampau, perlu tonjolkan bakat sebenar

Agensi
Agensi
29/09/2021
10:02 MYT
China mahu selebriti tempatan henti bersolek melampau, perlu tonjolkan bakat sebenar
Laporan itu mengkritik selebriti lelaki yang menggunakan solekan wajah yang keterlaluan, dan golongan artis wanita pula yang bersolek hingga menghilangkan identiti muka sendiri. - Gambar hiasan/Unsplash
BEIJING: Negara China memperkenalkan 'peraturan' drastik baharu ke atas rakyatnya, dan kali ini ditujukan khusus buat golongan selebriti dan penggiat industri hiburan.
Dalam media kerajaan Guang Ming Daily, pihak berkuasa Beijing mengkritik golongan artis yang mengenakan solekan yang berlebihan.
Laporan itu menyebut tentang fenomena yang berleluasa di negara itu dan perlu diberi perhatian. Ia berkaitan selebriti lelaki yang menggunakan solekan wajah yang keterlaluan, dan golongan artis wanita pula yang bersolek hingga menghilangkan identiti muka sendiri.
Menurut laporan tersebut, 'ketaksuban' untuk kelihatan cantik dan tampan telah membawa makna yang salah pada peminat dan generasi muda keseluruhannya, apatah lagi jika semua itu hanya untuk menyembunyikan kekurangan dalam bakat sebenar mereka.
"Dalam dunia penyiaran secara langsung, ramai personaliti wanita yang telah mengubah wajah mereka dengan solekan tebal, dan menggunakan pesona yang berbeza semata-mata hendak menarik perhatian dan ganjaran," memetik laporan itu.
Kritikan itu sebaliknya, mengajak selebriti China supaya tidak menyembunyikan diri yang sebenar, dan menegaskan bahawa kecantikan sebenar bukanlah ditunjukkan menerusi solekan tebal dan kelaziman yang dilakukan sekarang ini perlu dihentikan kerana ia adalah estetika yang pura-pura.
"Tindakan selebriti lelaki yang bersolek termasuk mengoles gincu dan memakai pembayang mata, akhirnya menunjukkan sisi kelembutan hingga mengikis aspek maskulin dan ketampanan semula jadi lelaki China.
Laporan itu turut menggesa penerbit supaya membuang pelakon lelaki yang menggunakan solekan tebal.
Bagi selebriti yang sudah mula melupakan solekan tebal dan mahu patuh kepada hasrat Beijing, mereka digalakkan untuk meneroka sisi maskulin mereka dan membuktikan bahawa mereka benar-benar berbakat.
Kritikan itu juga melibatkan aspek sikap dan gaya pemakaian.
Peraturan itu bagaimanapun masih terus dibahas oleh kumpulan penggiat seni negara berkenaan, kerana mereka masih kurang jelas dengan garis panduan baharu itu. Kebanyakannya melibatkan persoalan berkaitan persembahan kreatif yang berunsur teaterikal.
Awal bulan ini, Persatuan Industri Persembahan Beijing mencadangkan supaya golongan penghibur wajib mendapatkan sijil izin kerja sebelum dibenarkan bekerja di negara itu.
Presidennya, Zhang Haijun berkata, artis perlu melalui proses latihan ideologi, politik, teori, profesionalisme dan moral sebelum layak menerima sijil tersebut.
Topic Berkaitan
#artis
#selebriti
#peraturan china
#solekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan