awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China mungkin lanjutkan aktiviti ketenteraan di Wilayah Doklam

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2017
11:47 MYT
China mungkin lanjutkan aktiviti ketenteraan di Wilayah Doklam
Menurut penganalisis antarabangsa, siri rundingan kali ini adalah kritikal dan peluang untuk melihat penyelesaian jangka panjang semakin kabur. - REUTERS/Fail
India dan China hari ini menyambung siri rundingan wilayah pertikaian di Doklam, Bhutan untuk siri ke-20.
Rundingan tersebut adalah yang pertama selepas aktiviti ketenteraan kedua-dua negara berakhir pada 28 Ogos lalu.
Konfrontasi didakwa dicetuskan India yang membawa masuk pasukan tenteranya bagi mengusir tentera China yang didakwa lebih awal memasuki wilayah itu.
China didakwa tidak hanya meletakkan tenteranya malah telah menjalankan projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya.
Operasi seumpama itu yang dilakukan China disifatkan terburuk pernah berlaku sejak rundingan dimulakan pada 2003.
Bagi China, langkah India terbabit tidak menghormati hubungan dua hala dan menolak rundingan langsung tiga pihak diadakan bersama Bhutan, serta mahu meneruskan hasratnya mengembangkan aktiviti ketenteraannya ke rantau Doklam.
Menurut penganalisis antarabangsa, siri rundingan kali ini adalah kritikal dan peluang untuk melihat penyelesaian jangka panjang semakin kabur.
Namun, penganalisis yakin kedua-dua negara akan menumpukan kepada isu di luar wilayah terbabit yang melibatkan hubungan ekonomi.
Topic Berkaitan
#bhutan
#China
#Doklam
#India
#New Delhi
#rundingan
#tentera
#wilayah pertikaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan