China mencatatkan lima lagi kes koronavirus pada Selasa, namun tiada kematian direkodkan.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) negara itu, satu daripadanya ialah kes import manakala empat lagi ialah jangkitan tempatan yang dikesan di wilayah timur laut Jilin.
Jilin merupakan lokasi di mana beberapa penularan tempatan baharu telah menimbulkan kebimbangan berlakunya gelombang kedua di negara itu selepas Wuhan di wilayah Hubei.
Selain itu, tiga kes disyaki juga dilaporkan membabitkan dua kes import dan satu dari Shanghai, lapor CNN.
Tanah Besar China kini secara rasmi melaporkan 82,965 kes yang disahkan.
Daripada jumlah tersebut, 78,244 telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
Setakat ini China hanya mempunyai 87 kes aktif, menurut NHC.
Terdapat juga 368 pesakit tanpa gejala di bawah pemerhatian perubatan yang dikira berasingan daripada kes yang disahkan simptomatik.
Angka kematian di China kini ialah 4,634 orang.
Astro Awani
Wed May 20 2020

China mencatatkan lima lagi kes koronavirus pada Selasa, namun tiada kematian direkodkan. -Gambar fail

Lebih 180 pelarian etnik Rohingya tiba di Acheh
Lebih 180 pelarian etnik Rohingya dilaporkan tiba di bandar Acheh pada Isnin. Mereka tiba menaiki bot dipercayai dari Myanmar dan ada antaranya dari kem pelarian di Bangladesh.

Chiang Mai catat kadar bahaya
Indeks kualiti udara di Chiang Mai, Thailand memburuk ke tahap bahaya pada Isnin. Situasi itu dilaporkan berlaku akibat pembakaran terbuka melibatkan kawasan-kawasan pertanian di wilayah itu.

Serang sambil dakap anak
Satu pergaduhan tercetus melibatkan penyokong dan pemain kejohanan bola sepak di Brazil pada Isnin. Namun kelibat seorang lelaki yang sedang mendakap seorang kanak-kanak perempuan semata-mata untuk menyerang, menarik perhatian orang ramai.

Belarus, Rusia tingkat latihan pertahanan secara agresif
Tidak lama selepas United Kingdom mengumumkan akan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia tampil dengan latihan ketenteraan baharu pada Isnin.

Enam maut tercampak dari kereta di Tennessee
Enam individu yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja perempuan terkorban selepas tercampak dari kenderaan dalam nahas di sebuah lebuh raya di Tennessee, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad.

Enam terbunuh serangan berhampiran kementerian luar Kabul
Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala beberapa cedera selepas seorang pengebom berani mati melakukan serangan berhampiran kementerian luar di Kabul pada Isnin. Ia merupakan serangan kedua berhampiran kementerian itu.

Pekerja mogok, pengangkutan awam di Jerman tergendala
Perkhidmatan kereta api, kapal terbang di beberapa kawasan di Jerman tergendala selepas kesatuan pekerja melancarkan mogok besar-besaran.

KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

PM Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China
Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Rabu atau Khamis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kereta tanpa pemandu untuk disewa di Beijing
Teksi tanpa pemandu kini tersedia untuk disewa di pinggir bandar Beijing, menandakan lembaran baharu dalam industri pengangkutan pintar, Xinhua memetik laporan China Daily pada Isnin.

Honduras perkukuh hubungan diplomatik dengan China
Honduras menjalin hubungan diplomatik dengan China pada Ahad selepas memutuskan hubungan dengan Taiwan.

Honduras putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan
Honduras telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Taiwan, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AS perlu kukuhkan kedudukan di rantau Indo-Pasifik - Blinken
AS mungkin tidak dapat menandingi China tetapi akan cuba meningkatkan penglibatan di rantau itu.

China harap rundingan damai Palestin-Israel disambung semula
China memandang berat situasi keselamatan di Tebing Barat yang kian meruncing dan konflik kekerasan yang semakin parah ketika ini.

Xi, Putin mahu krisis Ukraine diselesaikan melalui rundingan damai
Xi dan Putin bersama-sama menandatangani Kenyataan Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia bagi Memperdalam Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif bagi Koordinasi pada Era Baharu.

Aksi ganas atau sebab politik? Tayangan filem seram 'Winnie the Pooh' di Hong Kong dibatalkan
Lembaga penapis kandungan di China sebelum ini sudahpun mula sensitif terhadap watak utama filem itu.