Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 November 2025.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.
Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) sedia bekerjasama dengan kerajaan, pihak industri dan organisasi media bagi merangka cadangan lebih komprehensif untuk memastikan kebajikan pengamal media terus diperkasa termasuk menangani isu gaji rendah diterima yang diterima mereka.
Dua lelaki didakwa membunuh seorang jurujual wanita yang mayatnya ditemukan tidak berpakaian dengan keadaan tangan terikat di Seri Kembangan pada akhir Oktober lepas.
Misi membawa pulang jemaah haji Malaysia Asmah Mansor, 71, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Saudi German Hospital, di Mekah akibat pneumonia kini dimulakan setelah jumlah sumbangan diterima bagi membiayai kos misi itu mencukupi.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melancarkan manifesto bagi PRN Sabah ke-17, yang menampilkan satu gagasan, empat rukun dan 16 strategi pembangunan komprehensif.
Lebih 26,000 surat tawaran haji bagi musim 1447H/2026 telah dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH), selepas bakal jemaah memenuhi syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun masing-masing, kata Ketua Jabatan Haji Mohd Hisham Harun.
Nilai kerugian akibat kebakaran di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga September tahun ini mencecah lebih RM1.57 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.
Golongan warga emas dijangka merangkumi kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan populasi negara menjelang 2048.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan penting ke tiga negara di benua Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November untuk memacu hubungan ekonomi serta membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


