WASHINGTON: China menyambung semula pembinaan kemudahan penyelidikan kelimanya di Antartika selepas tidak aktif selama bertahun-tahun, lapor dpa, memetik sebuah badan pemikir keselamatan negara yang berpangkalan di Washington.
"Kehadiran fizikal Beijing semakin meningkat di wilayah kutub selatan yang berfungsi untuk memajukan kepentingan strategik dan ketenteraan China secara meluas," kata Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dalam laporan yang dikeluarkan pada Selasa, berdasarkan imej satelit terbaharu.
Tanpa membuat sebarang tuntutan wilayah, China telah meluaskan kehadirannya di rantau yang kaya dengan sumber itu yang mencetuskan kebimbangan Barat bahawa Beijing mungkin mempunyai cita-cita ekonomi dan ketenteraan di benua terpencil itu.
Kemudahan terbaharu China itu terletak di Pulau Inexpressible, berhampiran Laut Ross, yang sepatutnya membantu "mengisi jurang besar dalam kehadiran China di pesisir pantai yang luas di benua itu," menurut laporan tersebut.
Pembinaan bermula pada 2018 namun hanya sedikit kerja dijalankan selama bertahun-tahun. Kini, foto satelit menunjukkan "kemajuan ketara" dibuat baru-baru ini.
"Apabila siap, stesen seluas 5,000 meter persegi itu dijangka merangkumi kawasan penyelidikan dan pemerhatian saintifik, kemudahan tenaga, bangunan utama, kemudahan logistik dan dermaga yang dibina untuk kapal pemecah ais Xuelong China," kata laporan CSIS.
Pusat itu juga akan mempunyai stesen bumi satelit, yang dikatakan oleh kumpulan pemikir itu untuk kegunaan usaha saintifik dan operasi pengawasan meluas tentera China.
Secara khusus, CSIS mendakwa stesen bumi itu boleh memintas isyarat risikan dari Australia dan New Zealand.
Kira-kira 30 negara, semua penandatangan Perjanjian Antartika yang mengetepikan kawasan itu sebagai kawasan pemuliharaan saintifik dan melarang aktiviti ketenteraan, mengendalikan stesen penyelidikan bermusim atau sepanjang tahun di benua berkenaan.
China menubuhkan pangkalan Antartika pertamanya - Stesen Tembok Besar di Pulau King George - pada tahun 1985.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Wed Apr 19 2023

Pusat itu juga akan mempunyai stesen bumi satelit, yang dikatakan oleh kumpulan pemikir itu untuk kegunaan usaha saintifik dan operasi pengawasan meluas tentera China. - Gambar hiasan/BERNAMA
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

China sambung pembinaan pusat antartika kelima, kata badan pemikir
Kehadiran fizikal Beijing semakin meningkat di wilayah kutub selatan yang berfungsi untuk memajukan kepentingan strategik dan ketenteraan.