Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Jun 2026.


1. PM arah KPT, KKM selesai segera isu kelayakan PharmD lulusan Universiti Alexandria - PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan supaya menyegerakan penyelesaian berhubung isu pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) bagi lulusan Universiti Alexandria, Mesir.


2. Notis pemakluman rasmi pembubaran DUN Negeri Sembilan diserah hari ini

Notis pemakluman rasmi tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. 


3. DAP tunda persidangan, sasar pertahan semua kerusi di Johor, Negeri Sembilan

DAP memutuskan untuk menangguhkan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 daripada 12 Julai kepada 16 Ogos depan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang memerlukan Pilihan Raya Negeri diadakan dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun lalu.
 

4. PRN Johor: Pas beri bayangan kerjasama, akui wujud pertemuan dengan UMNO

Pas memberikan bayangan sedia menguji formula penjajaran politik yang lebih luas termasuk kesediaan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
 

5. Kerajaan tegas kekal iktiraf Tuanku Muhriz, hormati proses Perlembagaan

Kerajaan Persekutuan menegaskan pendirian untuk terus mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara.
 

6. Mahkamah Tinggi Seremban halang Sidang Khas DKU, larang usaha singkir Raja Norazli

Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat membenarkan permohonan injunksi ad interim yang menghalang Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) daripada diadakan serta menghalang sebarang tindakan menyingkirkan setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin sehingga tindakan undang-undang yang difailkan diputuskan mahkamah.
 

7. PRN Johor: SPR adakan mesyuarat khas tentu tarikh penting 12 Jun

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan urusan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-16 susulan pembubaran pada 1 Jun lepas.
 

8. FAM sangkal dakwaan gagal bentang laporan audit kewangan sejak 2016

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyangkal dakwaan bahawa badan induk itu gagal membentangkan laporan audit kewangan sejak 2016 selain menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai mengelirukan.
 

9. Langgar perintah injunksi, Setiausaha DKU akan mulakan prosiding hina mahkamah

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) Raja Norazli Raja Nordin akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam pelantikan Yang Dipertuan Besar
 

10. AG mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah benarkan Majlis Peguam cabar DNAA Ahmad Zahid

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengemukakan permohonan bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Peguam mencabar keputusan pendakwaan menghentikan semua prosiding lanjut terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah membabitkkan Yayasan Akalbudi.

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement