DUNIA
China sokong segala usaha bagi lakar pencapaian dalam COP30
Liu Zhenmin berkata, ketidakhadiran Amerika Syarikat (AS) dalam COP30 adalah antara faktor utama yang menyebabkan persidangan kali ini menjadi lebih mencabar. - Reuters
BELEM: China tidak berganjak daripada menyokong segala usaha yang kondusif bagi mencapai konsensus dalam bentuk dokumen pada Sesi ke-30 Persidangan Pihak-pihak Pemeterai (COP30) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim.
Demikian kata Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim, Liu Zhenmin di sini pada Selasa.
Liu menyatakan lagi, ketidakhadiran Amerika Syarikat (AS) dalam persidangan itu yang merupakan kali pertama dalam sejarahnya, adalah antara faktor-faktor utama yang menyebabkan persidangan kali ini menjadi lebih mencabar.
"Ketidakhadiran AS sebagai negara super besar dan juga negara maju yang terbesar, jelaslah membawa impak yang ketara dan menyeluruh terhadap proses kerjasama pelbagai hala bagi menghadapi perubahan iklim.
"Selain itu, ia juga menjadikan penyelarasan antara negara-negara maju terjejas. Sebahagian negara maju menyatakan bahawa mereka belum bersiap sedia untuk menampung kekosongan yang ditinggalkan akibat AS menarik diri daripada Perjanjian Paris. Ini bermakna bahawa tahap kesukaran bagi mencapai konsensus dalam bentuk dokumen yang berkualiti tinggi dalam persidangan kali ini melonjak.
"Delegasi China akan konsisten dalam mengeratkan kerjasama dengan Kumpulan 77, mendorong proses rundingan persidangan bagi membantu negara pengerusi Brazil untuk mencapai hasil positif dalam persidangan kali ini," kata Liu.
Untuk rekod, persidangan yang sedang berlangsung di Brazil ini telah memasuki minggu kedua. Wakil-wakil dari pelbagai negara sedang mempercepat agenda rundingan mengenai isu-isu seperti pengurangan bahan bakar fosil.
- BERNAMA-CMG