WELLINGTON: Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand menggantikan Jacinda Ardern.
Pelantikan Hipkins disahkan oleh wakil Raja Charles di New Zealand, Gabenor Jeneral Cindy Kiro selepas mengangkat sumpah jawatan pada jam 11.23 pagi Rabu menjadikannya Perdana Menteri ke-41 New Zealand.
Ia menyusul selepas bekas Perdana Menteri Jacinda Ardern, 42, menyerahkan warkah peletakan jawatannya kepada Kiro awal pagi Rabu.
Hipkins, 44, yang merupakan bekas Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas.
Hipkins kemudiannya mengadakan pertemuan pertamanya dengan Menteri Buruh sebelum bertemu media.
"Ini merupakan satu keistimewaan dan tanggungjawab terbesar dalam hidup saya.
"Saya teruja dengan cabaran yang mendatang," kata Hipkins dalam ucapan pertamanya sebagai PM.
Sementara itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri pula disandang Carmel Sepuloni yang turut mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
Hipkins kini perlu membina semula sokongan untuk parti yang agak ketinggalan dalam tinjauan pendapat menjelang pilihan raya pada Oktober.
Beliau juga akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya pada Rabu.
Astro Awani
Tue Jan 24 2023

Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand menggantikan Jacinda Ardern. -AP

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Banjir New Zealand: 3 maut, 1 hilang selepas kejadian hujan lebat di Auckland
Hujan lebat berterusan telah membuatkan lebuh raya ditutup dan aliran bah memasuki kawasan perumahan.

Chris Hipkins dilantik sebagai Perdana Menteri ke-41 New Zealand
Hipkins, 44, yang merupakan bekas Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas.

New Zealand: Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai Perdana Menteri
"Saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand."

PM baharu New Zealand: Chris Hipkins dipilih ganti Jacinda Ardern
Hipkins akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-41 New Zealand pada Rabu ini.

Chris Hipkins dijangka ganti Jacinda Ardern sebagai PM baharu New Zealand
Hipkins yang berusia 44 tahun pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008.

New Zealand kesan penularan baharu wabak COVID-19
Kluster terbabit dikenal pasti pada tiga sekeluarga di mana ibu dan anak perempuan diuji positif pada Sabtu manakala suami wanita itu dikesan positif pada Ahad.