Seorang wanita telah dibunuh dengan kejam kerana menolak pelawaan seorang lelaki untuk berkahwin dengannya.

Suspek, Mohammad Ayub cuba memujuk mangsa yang merupakan seorang pekerja seks komersial untuk berhenti melakukan kerja tersebut dan berkahwin dengannya.

Namun, mangsa telah menolak ajakan Ayub dan membuatkan dia merancang untuk membunuh mangsa.

Ayub dikatakan telah membawa mangsa keluar dan menyembunyikan pisau pemotong daging di dalam kemejanya.

Mereka telah berhenti di satu kawasan berhampiran terusan Bawana di Rohini untuk berbual sebelum Ayub mengeluarkan pisau yang disembunyikannya itu dan mengelar leher mangsa.

Ayub juga bertindak mengerat badan mangsa kepada lima bahagian sebelum membuangnya di terusan bekenaan.

Memetik laporan berita The Times of India, suspek bagaimanapun, telah ditahan oleh polis Delhi.

Ketika disoal siasat pihak berkuasa, Ayub yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak berkata, mula jatuh cinta pada mangsa sejak mengunjungi rumah pelacuran yang terletak di GB Road.

Pihak polis juga memaklumkan bahawa, suspek cuba memujuk mangsa untuk berkahwin namun mangsa telah menolak pelawaan tersebut berkali-kali membuatkan suspek mengambil keputusan untuk membunuh kekasih gelapnya itu.