awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cirit-birit: McDonald's Korea Selatan hentikan jualan burger Bulgogi

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
03/09/2017
08:13 MYT
Cirit-birit: McDonald's Korea Selatan hentikan jualan burger Bulgogi
Pelanggan yang terjejas dikatakan membeli burger tersebut di sebuah cawangan di Jeonju. - Gambar fail
McDonalds di Korea Selatan menghentikan penjualan burger Bulgogi pada Sabtu selepas beberapa pelanggan mengadu dijangkiti penyakit enteritis.
Pelanggan yang terjejas dikatakan membeli burger tersebut di sebuah cawangan di Jeonju.
Enteritis merupakan infeksi pada usus atau perut yang disebabkan oleh beberapa jenis virus dan bakteria yang biasanya akan mengakibatkan cirit-birit.
Tujuh pelajar sekolah menengah dan seorang guru dilaporkan mengalami sakit perut dan demam tinggi pada 25 Ogos selepas makan burger Bulgogi.
McDonald’s di Korea telah bersetuju menghentikan jualan burger ikonik tersebut buat ketika ini.
Ia juga akan bekerjasama dengan Kementerian Makanan dan Ubat-Ubatan untuk menentukan punca jangkitan tersebut dalam kalangan pelanggannya.
“Keputusan untuk menghentikan jualan burger Bulgogi adalah langkah pencegahan sementara menunggu keputusan pemeriksaan MFDS.
“McDonald’s Korea mengharapkan pelanggannya pulih secepat mungkin,” kata syarikat tersebut dalam sebuah kenyataan akhbar.
Julai lalu, seorang pelanggan McDonald’s membuat aduan ke atas restoran makanan segera itu kerana menghidangkan daging burger separuh masak yang mengakibatkan kesihatannya terjejas.
Topic Berkaitan
#Burger Bulgogi
#Korea
#Korea Selatan
#Mcdonald's
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan