awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COP26: UK, India rancang sambungan grid kuasa hijau dunia

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2021
01:22 MYT
COP26: UK, India rancang sambungan grid kuasa hijau dunia
Boris Johnson (kanan) dan Narendra Modi ketika hadir pada Sidang Iklim COP26 di Glasgow, Scotland, 2 Nov, 2021. (Foto AP)
BRITAIN dan India melancarkan pelan untuk menambah baik sambungan antara grid kuasa elektrik dunia bagi mempercepatkan peralihan kepada tenaga yang lebih hijau.
Menghubungkan grid akan membolehkan sebahagian dunia yang mempunyai lebihan kuasa boleh diperbaharui untuk menyalurkannya ke kawasan kekurangan bekalan tenaga.
Sebagai contoh, negara di mana matahari terbenam boleh mendapatkan kuasa daripada negara lain yang masih mampu menjana tenaga solar.
Dilancarkan pada Sidang Iklim COP26 di Scotland, "inisiatif grid hijau" disokong oleh lebih 80 negara dan boleh menetapkan model bagaimana negara kaya membantu negara miskin untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka dan memenuhi matlamat menghadkan pemanasan global pada 1.5 darjah celsius melebihi norma pra-industri.
Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakan sejawatnya dari Britain Boris Johnson sebelum ini telah menggariskan usaha grid trans-nasional.
Pelan itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mempercepatkan pelancaran teknologi rendah karbon mampu milik, yang meliputi lebih daripada 70% ekonomi global.
Mengumumkan lima matlamat pertama rancangan itu, yang digelar 'Glasgow breakthroughs', Johnson mengariskan sasaran untuk mengutamakan kuasa bersih, auto pelepasan sifar karbon, keluli pelepasan hampir sifar, hidrogen karbon rendah dan pertanian berdaya tahan iklim.
Sementara itu, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu melancarkan inisiatif, dengan sokongan ASD4 bilion, untuk membantu pertanian menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#COP26
#Boris Johnson
#Narendra Modi
#tenaga hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan