Singapura yang akan memasuki Fasa Kedua pembukaan semula mulai 19 Jun, telah mengesahkan 151 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah terkini itu menjadikan keseluruhan 40,969 kes di negara itu.
"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya pemegang pas kerja. Tiada kes warga Singapura atau penduduk tetap," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan di sini.
Kementerian itu memaklumkan bahawa sebahagian besarnya masih merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,799 sebagai kes komuniti, 581 kes import dan 38,438 kes pekerja asing di asrama.
Setakat tengah hari Isnin, sebanyak 30,366 atau kira-kira 74 peratus daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.
Terdapat 243 kes masih dirawat di hospital semalam dengan dua dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Menurut kementerian itu, sebanyak 10,183 mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi masih diuji positif COVID-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Sebanyak 26 kematian dicatatkan akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di republik ini setakat ini.
Sementara itu, empat kes yang disahkan pada Isnin dikaitkan dengan empat kes sebelumnya yang membentuk kluster baharu di asrama 23 Tech Park Crescent.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020

Jumlah terkini itu menjadikan keseluruhan 40,969 kes di negara itu. - Gambar fail/BERNAMA

COVID-19: Kes positif global hampir 97.3 juta, kematian lebih 2.08 juta
Amerika Syarikat paling teruk terjejas dengan lebih 24.5 juta kes positif dan 408,000 kematian.

Anak gajah Borneo Pygmy ditemui mati dalam ladang sawit
Bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas.

COVID-19: Thailand pertama kali lulus vaksin keluaran AstraZeneca
Vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan pada Rabu dan lesen import dan pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun.

Kerajaan boleh nilai semula GST, tambah baik pelaksanaan - MIDF
Kerajaan boleh menilai semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengkaji untuk cukai penggunaan itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Kementerian Perpaduan Negara salur peruntukan RM1.55 juta bagi penyediaan PPE
Sehingga 4 Jan lepas, sebanyak 176,043 unit PPE disiapkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Presiden baharu AS | Reaksi berbelah bahagi di Asia Barat
Ada yang sambut baik. Ada yang pesimistik. Itu reaksi yang peroleh di rantau Asia barat terhadap pelantikan Joe Biden sebagai presiden baharu Amerika Syarikat.

Pendidikan tinggi negara antara 100 terbaik dunia hasil sumbangan Profesor - MPN
Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan bahawa golongan Profesor yang terdiri daripada pensyarah antara tulang belakang kejayaan peningkatan Institusi Pendikan Tinggi Negara. Ujarnya, kejayaan julung kali itu membuktikan bahawa para akademik dan cendiakiawan negara bergelar Profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

Misi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air dihentikan
Pihak berkuasa Indonesia menamatkan operasi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air yang terhempas awal bulan ini, pada Khamis.

PKPD di Asrama Westlite, Johor Bahru tamat esok -Ismail Sabri
Meskipun ditamatkan, lokaliti ini masih lagi tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negeri Johor.

36 kes positif COVID-19 babit pelajar balik ke asrama di Sabah - Masidi
Semua mereka dikesan positif ketika saringan yang dijalankan sebelum dibenarkan pulang ke asrama pada 16 Januari dan kini ditempatkan di pusat kuarantin.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Kumpulan pelajar MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.

COVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Kilang pembuatan ais dikesan abai kemudahan penginapan pekerja
Aspek keselamatan penginapan pekerja warga asing diabaikan termasuk menjadikan ruang bawah tangki air sebagai tempat penginapan.

COVID-19: 13 lagi kluster baharu dikenal pasti, 10 babit tempat kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini .

PKPD Asrama Pekerja Westlite dilanjut, PKPB dilaksana di submukim Ipoh - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru dilanjutkan bermula 9 sehingga 22 Januari 2021.

PKPD di asrama pekerja Kejora Juara dan Westlite bermula 2 Januari
Keputusan melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

COVID-19: Wanita warganegara Malaysia antara lima kes baru di Singapura
Wanita itu dipindahkan ke fasiliti lain pada 20 Dis apabila kementerian melakukan siasatan terhadap 13 kes terdahulu, yang telah menjalani SHN di hotel yang sama pada 22 Okt dan 11 Nov.

PKPD di Asrama Pekerja Westlite mulai esok hingga 8 Jan - Ismail Sabri
PKPD di kawasan itu melibatkan 231 unit rumah, dengan anggaran jumlah penghuni seramai 3,116 orang.