awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan LHDN terhadap TNB berhubung taksiran tambahan 2018

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2025
14:19 MYT
Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan LHDN terhadap TNB berhubung taksiran tambahan 2018
Sebelum ini, TNB mengemukakan permohonan semakan untuk membatalkan notis taksiran tambahan bertarikh 13 Julai 2020. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan pada Rabu membenarkan rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengenai notis taksiran tambahan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebelum ini, TNB mengemukakan permohonan semakan untuk membatalkan notis taksiran tambahan bertarikh 13 Julai 2020.
"Notis tersebut melibatkan jumlah RM1.81 bilion bagi tahun taksiran 2018.
"Bagaimanapun, satu perintah persetujuan dicapai pada 29 Disember 2020 membawa kepada pelunasan penalti, menyebabkan jumlah bersih perlu dibayar dikurangkan kepada RM1.25 bilion," kata TNB dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelas kenyataan itu, keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan berasaskan penemuan bahawa TNB, sebagai sebuah syarikat utiliti, tidak layak menuntut elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Sebaliknya, elaun yang sesuai adalah elaun pelaburan di bawah jadual 7B, merujuk kepada insentif elaun cukai diberikan untuk syarikat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia.
"Susulan keputusan ini, TNB akan meneruskan usaha untuk menuntut elaun pelaburan di bawah jadual 7B, selain menilai sepenuhnya impak kewangan keputusan tersebut.
"Keputusan ini berpotensi memberi kesan negatif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2025. Keputusan tersebut bagaimanapun dijangka tidak akan menjejaskan operasi TNB secara keseluruhannya," jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#TNB
#LHDN
#notis taksiran tambahan
#elaun pelaburan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami