COVID-19: 2 lagi kematian di UK

Isabelle Leong
Mac 9, 2020 22:27 MYT
Jumlah kes positif COVID-19 di UK meningkat sebanyak 46 kes kepada 319 kes dalam tempoh masa 24 jam. - REUTERS
Dua lagi kematian akibat wabak COVID-19 direkodkan di United Kingdom (UK).
Ini menjadikan jumlah kematian di UK seramai lima orang setakat Selasa pagi.
Memetik laporan Sky News, kes kematian keempat melibatkan seorang wanita berusia 70-an yang mempunyai masalah kesihatan.
Mangsa tersebut dipercayai dijangkiti COVID-19 di Britain dan dirawat di Hospital Wolverhampton sebelum meninggal dunia pada Isnin.
Kes kematian kelima pula membabitkan seorang lelaki berumur 70-an.
BACA: 110,000 orang dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia
Ketua Eksekutif Hospital Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Trust Epsom dan St Helier, Daniel Elkeles berkata pesakit berkenaan sudah mengalami masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang.
Mangsa tersebut meninggal dunia di Hospital St Helier di selatan London pada hari yang sama.
Tiga kes kematian sebelum ini melibatkan pesakit yang sudah berumur iaitu dalam lingkungan usia 60-an hingga 80-an.
BACA: UK lancar COBRA hadapi ancaman virus korona
Pada Isnin, jumlah kes positif COVID-19 di UK meningkat sebanyak 46 kes kepada 319 kes dalam tempoh
24 jam.
Sebanyak 280 kes jangkitan koronavirus direkodkan di England, dengan London mencatatkan kes paling tinggi iaitu 61 kes.
Di Wales pula, sebanyak enam kes disahkan positif COVID-19 manakala 23 kes positif di Scotland.
Ireland Utara merekodkan 12 kes positif setakat ini.
#berumur #Britain #COVID-19 #Daniel Elkeles #England #Ireland Utara #koronavirus #London #mangsa #masalah kesihatam #NHS #pesakit #Scotland #UK #United Kingdom #Wales