APABILA United Kingdom menghadapi sebarang ancaman terhadap ketenteraman awam, Kabinet akan berkumpul untuk bermesyuarat di *Whitehall berhampiran dengan Downing Street.
(*Whitehall adalah nama jalan di mana terletaknya bangunan dan pejabat pentadbiran kerajaan United Kingdom.)
Bilik yang menjadi tumpuan mesyuarat diadakan dipanggil Cabinet Office Briefing Room A (Bilik Taklimat `A’ Pejabat Kabinet) atau lebih popular disebut melalui singkatan COBRA.
Pada Isnin, perdana menteri Boris Johnson buat pertama kali hadir dan mempengerusi mesyuarat COBRAnya yang pertama.
Mesyuarat COBRA kali ini dipanggil bagi membincang ancaman penularan selesema sedunia COVID-19 yang kini semakin buruk merebak di United Kingdom.
Pada awal minggu, UK merekod pertambahan 23 kes COVID-19, membawa jumlah penularan meningkat ke 36 kes sejak Jumaat.
Johnson mengakui jumlah ini akan bertambah dan mengumum pengwujudan Bilik Perang (War Room) yang akan dianggotai pihak Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (National Health Service atau NHS) dan pakar komunikasi.
Sebelum ini, Johnson dikritik hebat kerana kurang mengambil berat tentang penularan COVID-19 walhal kes semakin meningkat di United Kingdom.
Antara cara menangani penularan termasuk menghalang sebarang rapat umum, pembatalan perlawanan bola sepak dan mengurangkan penggunaan pengangkutan awam.
Langkah yang lebih ketat seperti pengasingan (lockdown) seluruh bandar sedia diambil sekiranya perlu.
Buat masa ini, UK tidak mengikut langkah Jepun menutup sekolah selama sebulan bermula Isnin kerana belum sampai masanya bertindak demikian.
Dengan pengaktifan COBRA, Johnson yakin kerajaan dan pihak kesihatan NHS mampu menghadapi sebarang wabak sekiranya COVID-19 terus menular dan merebak di United Kingdom.
Buat masa ini, Johnson mahu persekolahan diteruskan tertakluk kepada syarat darurat yang menetapkan saiz kelas sekiranya tenaga guru berkurangan.
COBRA juga akan menentukan pilihan sama ada membiarkan penularan COVID-19 melanda sesuatu bandar secara cepat menyeluruh atau mengambil langkah memperlahankannya.
Cara pertama akan menyebabkan kadar penularan naik dengan mendadak tetapi kesan buruk kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial akan berlalu pada kadar lebih pantas.
Buat masa ini vaksin sedang dicari, satu dunia buru pelali – yang pasti COBRA bukan menjalar tetapi itulah senjata, bisa diguna cegah virus korona.
Razak Chik
Mon Mar 02 2020
Boris Johnson buat pertama kali hadir dan mempengerusi mesyuarat COBRAnya yang pertama. -Facebook
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
UK lancar COBRA hadapi ancaman virus korona
Kabinet United Kingdom melancar pelan bertindak negara COBRA setelah penularan COVID-19 semakin buruk.