awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendaki AS Alex Honnold panjat Taipei 101 tanpa tali, peralatan keselamatan
'Hilang ibu angkat, 70 ekor kucing, lima anjing sekelip mata'
'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih sejuta pengguna di seluruh AS terputus bekalan elektrik akibat ribut musim sejuk

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2026
22:10 MYT
Lebih sejuta pengguna di seluruh AS terputus bekalan elektrik akibat ribut musim sejuk
Seorang lelaki berjalan meredah salji di Capitol, Washington. - Foto AP
WASHINGTON: Lebih sejuta pelanggan di seluruh Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik manakala lebih 10,000 penerbangan dibatalkan selepas ribut musim sejuk besar melanda negara itu dengan salji tebal dan hujan beku.
Ribut berkenaan diramalkan melanda dua pertiga bahagian timur AS bermula Ahad dan berterusan sepanjang minggu ini, dengan suhu menjunam ke bawah paras beku serta menyebabkan “kesan berbahaya terhadap perjalanan dan infrastruktur” yang boleh berlarutan selama beberapa hari, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).
Setakat jam 2.14 petang waktu timur AS pada Ahad, seramai 1,005,641 pelanggan dilaporkan terputus bekalan elektrik, menurut PowerOutage.us.
Kebanyakan gangguan berlaku di Tennessee, manakala Mississippi, Texas, Louisiana, Kentucky, Georgia, Virginia dan Alabama turut terjejas teruk.
Salji tebal diramalkan melanda kawasan dari Lembah Ohio hingga ke Timur Laut, sementara “pengumpulan ais berskala bencana” mengancam wilayah dari Lembah Mississippi Hilir ke Mid-Atlantic dan Tenggara AS.
“Ia satu ribut yang unik kerana liputannya yang sangat luas,” kata pakar meteorologi NWS, Allison Santorelli, sambil menambah kira-kira 213 juta penduduk berada di bawah amaran cuaca musim sejuk.
“Ribut ini menjejaskan kawasan dari New Mexico dan Texas hingga ke New England, melibatkan jarak sekitar 2,000 batu,” katanya.
Presiden AS Donald Trump meluluskan pengisytiharan darurat persekutuan di hampir 20 negeri, manakala pihak berkuasa memberi amaran gangguan bekalan elektrik dan suhu sejuk melampau boleh berlarutan selama beberapa hari.
Menurut penjejak penerbangan FlightAware.com, lebih 10,000 penerbangan dibatalkan pada Ahad, manakala lebih 8,000 lagi mengalami kelewatan.
Syarikat penerbangan utama AS memberi amaran kepada penumpang supaya bersedia menghadapi perubahan dan pembatalan penerbangan secara mengejut.
Pakar cuaca memberi amaran keadaan sejuk yang mengancam nyawa, dengan suhu rasa angin dijangka menjunam ke bawah -50°C di beberapa kawasan.
Ribut besar ini berpunca daripada gangguan pusaran kutub, iaitu kawasan udara sejuk bertekanan rendah di Artik yang biasanya kekal padat tetapi kadangkala meregang dan membenarkan udara sejuk melimpah ke kawasan luas, dalam kes ini Amerika Utara.
Saintis berkata peningkatan kekerapan gangguan pusaran kutub mungkin berkait dengan perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#Ribut musim sejuk
#bekalan elektrik
#penerbangan
#salji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan