SEBUAH kawasan komuniti kecil di Itali diisytiharkan sebagai zon merah pada Sabtu selepas 80 orang dilaporkan positif COVID-19.

Susulan itu, operasi bar, restoran dan beberapa fasiliti lain akan ditutup kepada orang awam di kawasan Bella Farnia di bandar Sabaudia itu, menurut agensi berita Itali, Ansa.

Bandar kecil itu terletak kira-kira 100 kilometer dari Rom dan popular dengan sektor pelancongan dan pertanian.

Kira-kira 30,000 masyarakat Sikh menetap di bandar kecil itu dengan kebanyakan mereka merupakan petani.

Menurut Datuk Bandar Sabaudia, Giada Gervasi, pelajar sekolah akan kembali meneruskan pembelajaran dalam talian dan kerajaan akan menangguhkan pembukaan semula pantai untuk tempoh seminggu akan datang.

Untuk rekod, Itali adalah antara negara Eropah yang terjuk terjejas dengan lebih 120,000 kematian, kedua selepas United Kingdom.