awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Chelsea tewas lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2026
23:50 MYT
EPL: Chelsea tewas lagi
Aksi pemain Chelsea Liam Delap (tiga, kiri) mencari peluang merebut bola ketika perlawanan EPL antara Fulham dan Chelsea di London, 7 Jan 2026. (Foto AP)
CHELSEA memulakan era baharu di bawah kendalian Liam Rosenior dengan keputusan mengecewakan selepas tewas 1-2 kepada Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, awal pagi Khamis.

Ringkasan AI
  • Chelsea tewas 1-2 kepada Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, dengan Marc Cucurella dilayangkan kad merah pada pertengahan babak pertama selepas melakukan kekasaran terhadap Harry Wilson.
  • Sebelum Cucurella dilayangkan kad merah, kedua-dua pasukan beraksi seimbang dan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez, menafikan beberapa cubaan dari Fulham.
  • Fulham menang 2-1 selepas Raul Jimenez menjaringkan gol pertama, diikuti oleh Liam Delap yang menyamakan kedudukan untuk Chelsea sebelum Harry Wilson membawa kemenangan kepada Fulham.

Perlawanan tersebut menjadi debut rasmi Rosenior sejak dilantik pada 6 Januari, namun pasukan bimbingannya terpaksa beraksi dengan 10 pemain sejak pertengahan babak pertama apabila Marc Cucurella dilayangkan kad merah.
Insiden itu berlaku apabila Cucurella melakukan kekasaran terhadap Harry Wilson yang sedang mengejar bola hantaran jauh.
Pengadil berpendapat pertahanan kiri Chelsea itu telah menghalang peluang terbuka Fulham untuk menjaringkan gol, walaupun pihak Chelsea beranggapan Tosin Adarabioyo masih berada dalam posisi untuk mengawal keadaan.
Sebelum dilayangkan kad merah, kedua-dua pasukan beraksi seimbang.
Fulham beberapa kali menguji gawang Chelsea menerusi Wilson, namun penjaga gol Robert Sanchez bertindak cemerlang menafikan cubaan tersebut.
Chelsea hampir membuka tirai jaringan apabila sepakan penjuru Enzo Fernandez terkena Andrey Santos sebelum bola singgah di palang gol.
Kelebihan jumlah pemain membolehkan Fulham menguasai permainan selepas rehat.
View this post on Instagram
A post shared by
Emile Smith Rowe hampir menghadiahkan gol pendahuluan buat tuan rumah, namun percubaannya dari jarak jauh sedikit tersasar.
Fulham akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-55 menerusi Raul Jimenez yang menanduk masuk hantaran lintang Sander Berge, sekali gus menewaskan Sanchez.
Chelsea tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 apabila Liam Delap memanfaatkan bola muntah dalam kotak penalti Fulham untuk menjaringkan gol pertamanya bersama kelab itu musim ini.
Namun, kegembiraan pelawat tidak bertahan lama apabila Fulham kembali mendahului perlawanan sembilan minit kemudian.
Wilson memperdaya Jorrel Hato sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Chelsea, sekali gus mengesahkan kemenangan 2-1 buat pasukan tuan rumah.
Menurut laporan ESPN, kad merah Cucurella merupakan yang ketujuh diterima Chelsea musim ini.
Perlawanan ini juga menjadi kali ketiga Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain sejak babak pertama dalam saingan EPL musim ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan