awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Akibat 12 kes baharu, 9 juta penduduk disaring dalam 5 hari

Agensi
Agensi
14/10/2020
03:20 MYT
COVID-19: Akibat 12 kes baharu, 9 juta penduduk disaring dalam 5 hari
Orang ramai beratur untuk menjalani saringan di Qingdao, dalam wilayah Shandong, China, 12 Okt, 2020. REUTERS
SERAMAI 9 juta penduduk Qingdao, China mula menjalani ujian saringan COVID-19 selepas 12 kes baharu dikesan di sebuah hospital.
Ujian saringan besar-besaran itu dijalankan selama lima hari mulai Isnin, ke atas setiap penduduk meskipun jumlah kes baharu masih rendah.
Ia merupakan strategi baharu pihak berkuasa China untuk memastikan negara itu bebas daripada penularan koronavirus.
Kesemua 12 kes baharu merupakan kes penularan tempatan membabitkan sebuah hospital yang merawat kes import COVID-19.
Setakat Selasa, sebanyak 4,235,438 sampel diambil dan 1,945,252 sampel telah diuji di makmal dan didapati negatif COVID-19.
Kesemua kontak rapat kepada 12 kes positif turut telah dikesan dan didapati negatif koronavirus.
Kes-kes baharu itu direkodkan seminggu selepas musim perayaan Minggu Emas yang menyaksikan perjalanan jutaan rakyat di serata negara.
Memetik laporan media tempatan Global Times, pihak berkuasa Qingdao mencatatkan 4.47 juta kunjungan oleh pelawat sepanjang tempoh seminggu itu.
Sebelum ini, seramai 11 juta penduduk Wuhan turut disaring hanya dalam tempoh 10 hari membabitkan ribuan petugas kesihatan.
Kes positif harian COVID-19 di China berjaya dikekalkan pada angka satu atau dua digit sejak beberapa bulan lalu, dengan angka tiga digit terakhir direkodkan pada Julai lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#China
#Qingdao
#koronavirus
#Beijing
#Minggu Emas
#Golden Week
#PRC
#Wuhan
#COVID
#kes baharu
#jangkitan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan