KEMPEN mendorong orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menghadapi kekangan apabila sejumlah negeri di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan kehabisan vaksin.

Dalam masa sama, puluhan ribu yang telah membuat janji temu vaksinasi terpaksa dibatalkan.

Datuk Bandar New York, Bill De Blasio berkata, 15 pusat vaksinasi di bandar ditutup kerana ketiadaan dos yang mencukupi.

Jabatan Polis New York mengumumkan pada Rabu bahawa mereka menangguhkan vaksinasi bagi dos pertama untuk para pegawainya.

“Ini semua mengenai bekalan dan keupayaan bekalan. Kami mahu ia terus beroperasi dan kami mahu banyak daripadanya beroperasi 24/7.

“Permintaan ada. Kami mempunyai kakitangan; kami mempunyai lokasi. Kami hanya memerlukan vaksin, “ katanya.

Pfizer, pembuat vaksin lain yang digunakan di Amerika mendakwa pihaknya menurut jumlah pesanan yang dilakukan kerajaan sejak dua minggu lalu.

Syarikat itu berkata, mereka sedang berusaha menambah jutaan dos setiap hari dan tiada masalah untuk mencapai komitmennya untuk menghasilkan 200 juta vaksin akhir Julai ini.