ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,147,479 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 224,720 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 156,471 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 224,000 kes.

India dan Mexico masing-masing merekodkan 117,956 dan 88,312 angka korban manakala United Kingdom mencatatkan 44,835 kes kematian akibat wabak berkenaan.

Sementara itu, Itali (37,210), Sepanyol (34,752), Perancis (34,536), Peru (34,033) dan Iran (32,320) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Columbia (29,802), Argentina (28,338) dan Rusia (25,647) pula merekodkan angka lebih 25,000 kes kematian.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.