ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 10,000 kes di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,152,340 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 225,211 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 156,903 kes.

India dan Mexico masing-masing merekodkan 118,534 dan 88,743 angka korban manakala United Kingdom mencatatkan 44,986 kes kematian akibat wabak berkenaan.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 225,211 kes.

Sementara itu, Itali (37,338), Sepanyol (34,752), Perancis (34,673), Peru (34,095) dan Iran (32,616) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Columbia pula merekodkan 30,000 kes kematian.

Argentina (28,613) dan Rusia (25,875) pula merekodkan angka lebih  25,000 kes korban.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.