awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ buat laporan polis, nafi keluar nombor pendaftaran siri 'EE'

Bernama
Bernama
17/12/2025
15:26 MYT
JPJ buat laporan polis, nafi keluar nombor pendaftaran siri 'EE'
Tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri "EE" tidak pernah diperkenalkan atau diluluskan oleh jabatan terbabit.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengeluarkan dan menggunakan tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri "EE" seperti yang tular menerusi media sosial.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri "EE" tidak pernah diperkenalkan atau diluluskan oleh jabatan terbabit.
"Surat kelulusan yang tular menerusi media sosial itu adalah palsu dan satu bentuk penipuan (scam) yang berpotensi mengelirukan serta memperdaya orang awam.
"Hasil siasatan awal mendapati format dan identiti surat rasmi JPJ digunakan secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk penggunaan kepala surat, gaya penulisan dan susun atur yang menyerupai dokumen rasmi JPJ," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aedy Fadly berkata tindakan terbabit menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai serta menjejaskan kredibiliti jabatan.
Susulan itu, pihaknya membuat laporan polis bagi siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu.
"JPJ mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran atau maklumat berkaitan nombor pendaftaran kenderaan yang meragukan serta sentiasa membuat semakan melalui saluran rasmi JPJ bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#laporan polis
#nombor pendaftaran
#EE
#tanda indeks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan