ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 1.9 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 367,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru dan Afrika Selatan.

Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.