awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.16 juta

Isabelle Leong
Isabelle Leong
27/01/2021
21:32 MYT
COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.16 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.54 juta kes jangkitan COVID-19. - Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 101 juta kes.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan angka kumulatif global kini berjumlah 100.65 juta.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.54 juta kes.
Ini diikuti India dengan 10.68 juta kes dan Brazil dengan 8.93 juta kes manakala negara yang melepasi angka 3 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.
Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Belanda, Czechia, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Arab Saudi, Hungary, Jordan dan Panama.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.16 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 427,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 218,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.
Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.
Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban. Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20 ribu kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#jumlah kematian
#angka korban
#Johns Hopkins University
#Malaysia
#India
#Brazil
#Amerika Syarikat
#Indonesia
#United Kingdom
#Itali
#Jepun
#Afrika Selatan
#sepanyol
#Rusia
#Filipina
#Belanda
#Jerman
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan