MELBOURNE: Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt kekal dengan keputusannya melarang kemasukan penerbangan dari India berikutan lonjakan kes dan varian COVID-19 berbahaya dari negara tersebut.

Menurutnya, larangan itu hanya akan dilaksanakan untuk tempoh tertentu dan akan dikaji semula sebelum 15 Mei.

Beliau pada masa sama berkata orang yang telah berada di luar India selama dua minggu masih boleh memasuki sempadan Australia.

Terdahulu, kerajaan Australia mengumumkan individu yang tiba dari India boleh dihukum penjara hingga lima tahun susulan langkah memperketat sekatan perjalanan.

India pada Isnin mencatatkan 368,147 lagi kes baharu COVID-19, termasuk 3,417 kematian.