WASHINGTON: Varian delta yang menular pantas di seluruh Amerika Syarikat boleh mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan mudah menjangkiti antara satu sama lain seperti penyakit demam campak dan cacar air.
Menurut Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Dr. Rochelle Walensky, pihaknya mendedahkan satu data dalaman yang melihat orang yang telah divaksin sepenuhnya mungkin dapat menyebarkan varian itu pada kadar yang sama dengan mereka yang belum mendapat suntikan vaksin.
"Saya rasa orang perlu memahami bahawa ini adalah sesuatu yang serius, ia adalah sama seperti satu jenis virus yang paling mudah menular iaitu demam campak,” katanya kepada CNN.
Justeru itu, CDC dijadualkan untuk menerbitkan data bagi menyokong kenyataan kontroversi Walensky untuk mengubah panduan atau pandangan bagi orang yang telah diberi vaksin sepenuhnya.
Beliau pada Selasa lalu memberitahu bahawa CDC mengesyorkan orang yang telah divaksin sepenuhnya perlu terus mengamalkan pemakaian pelitup muka di tempat yang masih lagi diuji dengan pandemik COVID-19.
Walensky turut menambah bahawa semua individu tidak kira sama ada di sekolah - pelajar, kakitangan dan pelawat perlu memakai pelitup muka setiap masa.
"Langkah-langkah yang kita perlukan untuk mengawal varian ini adalah sangat melampau, ia perlukan satu kawalan yang cukup terperinci,” katanya lagi.
Menurut data yang dikaji oleh CDC, sifat penularan varian Delta ini adalah hampir sama seperti demam campak, cacar air yang mana setiap orang yang dijangkiti akan menjangkiti lagi lapan atau sembilan lagi individu lain.
Juga, sekiranya orang yang divaksinasi dijangkiti, mereka mempunyai virus dalam badan mereka sama seperti orang yang tidak divaksinasi.
Ini bermakna, mereka cenderung menjangkiti orang lain seperti orang yang tidak mendapat vaksin.
Bagaimanapun, CDC menegaskan bahawa orang yang divaksin adalah lebih selamat kerana vaksin itu boleh mencegah lebih 90 peratus penyakit yang lebih teruk.
Cuma, ia mungkin kurang berkesan untuk mengelakkan seseorang itu daripada mendapat jangkitan atau membawa jangkitan kepada yang lain.
Untuk itu, CDC dalam dokumen data itu menyarankan bahawa harus kita semua "mengakui bahawa peperangan kita terhadap COVID-19 ini telah berubah kerana dengan pengesyoran untuk mendapatkan vaksin dan pemakaian pelitup muka itulah yang akan menjadi satu kelaziman ketika ini.
Astro Awani
Fri Jul 30 2021

CDC menegaskan bahawa orang yang divaksin adalah lebih selamat kerana vaksin itu boleh mencegah lebih 90 peratus penyakit yang lebih teruk. - Foto fail/REUTERS

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Perkongsian erat Malaysia, Rusia tidak gugat hubungan dengan negara lain - PM Anwar
Beliau menegaskan mengukuhkan hubungan dengan sesebuah negara tidak bermakna melemahkan hubungan dengan negara lain termasuk AS.

Rusia, Ukraine tutup hari pertama rundingan damai di Istanbul
Siri pertemuan dijangka diteruskan pada Jumaat melibatkan delegasi Rusia, Ukraine, AS dan Turkiye.

KDNK disemak semula dalam satu hingga dua bulan - Gabenor BNM
Unjuran baharu hanya akan dimuktamad selepas BNM lebih pasti mengenai dasar tarif AS serta hasil rundingan perdagangan antara Malaysia dan AS.

Kestabilan Syria bawa perubahan ketara di Timur Tengah - Setiausaha Negara AS
Rubio memuji komitmen kepimpinan baharu Syria untuk membina semula negara itu sebagai masyarakat majmuk.

UAE rancang labur US$1.4 trilion di AS dalam tempoh sedekad - Presiden
Pelaburan tersebut akan memberi tumpuan kepada sektor ekonomi baharu, tenaga, teknologi canggih, kecerdasan buatan dan industri.

Hamas sedia kerjasama dengan Trump jika AS desak Israel hentikan perang
Hamas telah kemuka pelan gencatan senjata kepada Washington dan sedia serah pentadbiran Gaza "serta-merta sekiranya perang ini ditamatkan."

Boeing peroleh tempahan bernilai US$96 bilion di Qatar
Qatar Airways berhasrat membeli sehingga 210 pesawat daripada Boeing, menurut pengumuman Rumah Putih pada Rabu.

Tarif Trump: Rundingan Malaysia-AS lancar, banyak isu boleh diselesaikan - Tengku Zafrul
Perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat berhubung tarif timbal balas setakat ini berjalan lancar dengan banyak isu boleh diselesaikan.

Sekatan Syria: Arab Saudi harap negara lain ikut jejak langkah AS
Arab Saudi berharap negara lain, khasnya di blok barat, akan mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat (AS) dan menghapuskan semua sekatan ekonomi terhadap Syria.

Syria anggap penarikan sekatan AS oleh Trump sebagai 'titik perubahan' untuk keamanan
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai kemajuan besar bagi rakyat Syria, memberikan harapan ke arah kestabilan dan keupayaan kendiri.