BANGKOK: Pandemik COVID-19 terus mencetuskan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda di Thailand, kerana penilaian kesihatan mental terbaru menunjukkan sebilangan besar remaja menghadapi tekanan, rasa gelisah dan kemurungan.
Menurut kenyataan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Thailand penilaian itu mendapati 28 peratus remaja mengalami tekanan tahap tinggi, 32 peratus berisiko mengalami kemurungan dan 22 peratus berisiko membunuh diri.
Dapatan ini berdasarkan data dikumpulkan daripada 183,974 remaja dalam tempoh 18 bulan dari 1 Jan tahun lepas hingga 30 Sept tahun ini.
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Okt, UNICEF dan Jabatan Kesihatan Mental (DMH) menyatakan kebimbangan terhadap kesan negatif COVID-19 yang berterusan ke atas kesihatan mental kanak-kanak dan golongan muda di negara ini.
Wakil UNICEF Thailand, Kyungsun Kim percaya peningkatan jumlah kanak-kanak dan remaja di Thailand dan seluruh dunia yang menghadapi masalah kesihatan mental adalah sedikit berbanding jumlah sebenar.
Kim berkata, UNICEF komited untuk bekerjasama dengan DMH, pihak berkuasa pendidikan, dan rakan kerjasama lain untuk memastikan tumbesaran dan pembelajaran kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat, kasih sayang dan dilindungi kerana ia dapat menyokong kesejahteraan mental mereka.
Awal minggu ini, UNICEF mengeluarkan laporan "The State of the World's Children 2021; On My Mind: Promoting, Protecting and Caring for Children's Mental Health" yang menunjukkan sekurang-kurangnya satu daripada tujuh kanak-kanak dunia secara langsung terkesan dengan sekatan pergerakan, manakala lebih daripada 1.6 bilion kanak-kanak mengalami keciciran pendidikan.
Laporan itu juga memberi amaran bahawa kanak-kanak dan orang muda mungkin mengalami penderitaan mental dan kesejahteraan akibat kesan COVID-19 dalam jangka panjang.
Sementara itu, DMH menyatakan bunuh diri adalah penyebab utama kematian dalam kalangan remaja di Thailand. Pada 2019, kira-kira 800 remaja dan orang muda berusia 10 hingga 29 tahun membunuh diri.
Kurang pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan mental, stigma yang berkaitan dan kekurangan sumber serta dana kesihatan mental menghalang terlalu banyak kanak-kanak dan remaja daripada mempunyai kesihatan mental yang positif atau memperoleh sokongan dan perkhidmatan yang mereka perlukan.
Menurut Institut Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja Rajanagarindra DMH (CAMRI), Thailand hanya mempunyai 200 psikiatri khusus untuk kesihatan mental kanak-kanak dan remaja untuk 15 juta populasi remaja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
Wakil UNICEF Thailand percaya peningkatan jumlah kanak-kanak dan remaja di Thailand dan seluruh dunia yang menghadapi masalah kesihatan mental adalah sedikit berbanding jumlah sebenar.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.