Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31

Azhan Md Othman (foto) dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Januari 2026. -Foto MINDEF
KUALA LUMPUR: Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026.
Ringkasan AI
- Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Azhan Md Othman, dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 bermula 1 Januari 2026.
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyatakan pelantikan tersebut bertujuan memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara.
- Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 menangguhkan pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera dan beliau diarahkan bercuti sementara siasatan berkenaan dakwaan terhadapnya dilaksanakan.
“Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara kini dan masa hadapan,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan hari ini.
Namun demikian, Khaled berkata, pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan selaku Panglima Tentera Darat, sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.
Menurut Khaled, Muhammad Hafizzudeain telah diarahkan bercuti bagi membolehkan proses siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang telah dilaporkan melibatkan beliau.
Pada masa sama, Khaled turut menyatakan bahawa tugas Panglima ATM kini dipangku oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain seperti yang telah diumumkan pada 27 DIsember 2025.
“Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa segala langkah yang dilaksanakan ini bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti ATM sambil memastikan tugas mempertahankan kedaulatan negara terus dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.
Terdahulu, Khaled telah mempersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa ATM kepada Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pagi tadi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia ke-31 berkuat kuasa pada 1 Januari 2026? A: Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia ke-31.
- Q: Apa yang menyebabkan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan ditangguhkan? A: Hafizzudeain ditangguhkan daripada pelantikan kerana melibatkan dakwaan yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa.
- Q: Mengapa pelantikan Azhan Md Othman sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia dianggap penting? A: Pelantikan Azhan Md Othman diyakini dapat memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

