awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dakwaan Trump, Pompeo disangkal saintis negara sendiri

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2020
03:03 MYT
COVID-19: Dakwaan Trump, Pompeo disangkal saintis negara sendiri
Dr Anthony Fauci menyangkal dakwaan Trump dan Pompeo bahawa koronavirus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 adalah berasal daripada sebuah makmal di China. -Gambar fail
Pakar penyakit berjangkit ternama Amerika Syarikat (AS) Dr Anthony Fauci menyangkal dakwaan bahawa koronavirus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 adalah berasal daripada sebuah makmal di China.
BACA: AS dakwa ada bukti kukuh COVID-19 berpunca dari makmal China
Beliau yang juga anggota penting dalam badan bertindak COVID-19 di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump berkata tiada bukti saintifik untuk membenarkan teori bahawa koronavirus tersebut dihasilkan di makmal atau terlepas dari makmal selepas dibawa dari hutan.
"Jika anda lihat evolusi virus dalam kelawar dan apa yang ada di luar sana sekarang, bukti saintifik begitu pasti menunjukkan ia tidak mungkin dihasilkan atau dimanipulasi.
"Segalanya tentang evolusi stepwise sepanjang zaman menunjukkan virus ini berubah dalam alam semulajadi dan berpindah dari spesies ke spesies," kata Fauci ketika diwawancara National Geographic.
Fauci juga tidak percaya kepada satu lagi teori bahawa seseorang menjumpai koronavirus itu di hutan, bawa ia ke makmal, dan ia secara tidak sengaja terlepas.
Teori makmal China itu sering diuar-uarkan Trump dan baru-baru ini oleh Setiausaha Negara Mike Pompeo.
Pandangan itu walau bagaimanapun disangkal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan sumber-sumber risikan.
BACA: WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal
BACA: 'AS tidak kemuka bukti' - WHO anggap dakwaan virus makmal China hanya spekulasi
Topic Berkaitan
#Anthony Fauci
#COVID-19
#Donald Trump
#hutan
#kelawar
#koronavirus
#makmal china
#Mike Pompeo
#SARS-COV-2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan