COVID-19: Doktor di Mexico dikejar ke hospital selepas disuntik vaksin

Astro Awani
Januari 3, 2021 00:20 MYT
Negara tersebut mula mengedarkan vaksin COVID-19 untuk pusingan pertama kepada kakitangan kesihatan pada 24 Disember lalu. - Gambar hiasan
SEORANG pakar perubatan di Mexico dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech.
Memetik laporan agensi berita Reuters, doktor wanita berusia 32 tahun tersebut mengalami sawan, kesukaran bernafas dan ruam pada kulit.
Kementerian Kesihatan Mexico mendedahkan pada Jumaat malam, diagnosis awal menunjukkan simptom 'encephalomyelitis', iaitu keradangan otak dan saraf tunjang.
Kementerian turut memaklumkan, doktor berkenaan mempunyai sejarah alahan dan mendakwa tiada bukti dari ujian klinikal bahawa ada yang mengalami radang otak setelah menggunakan vaksin itu.
BACA: Kakitangan kesihatan di Alaska alami alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19
Bagaimanapun, pengeluar Pfizer BioNTech belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Setakat 3 Januari, Mexico merekodkan lebih 126,507 kes kematian akibat COVID-19.
BACA: COVID-19: Kes positif global lepasi 84.4 juta, angka korban 1.83 juta
Negara tersebut mula mengedarkan vaksin COVID-19 untuk pusingan pertama kepada kakitangan kesihatan pada 24 Disember lalu.
#Mexico #COVID-19 #vaksin #Pfizer #BioNTech #alergi #Hospital #alahan #Doktor #ujian klinikal #radang otak #Kementerian Kesihatan