awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri dibenar keluar hospital

Bernama
Bernama
05/04/2021
07:00 MYT
COVID-19: Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri dibenar keluar hospital
Pasangan itu juga berterima kasih kepada Wisma Putra, ahli keluarga dan mereka yang mendoakan agar suami isteri itu segera sembuh, termasuk Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Jemilah Mahmood. - Gambar fail
JAKARTA: Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri Datin Sakhiah Mohd Soom dibenarkan keluar dari Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto, Jakarta pada 3 April, selepas hampir empat minggu dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua mereka pada mulanya dirawat di Hospital Mayapada, Lebak Bulus masing-masing pada 7 dan 8 Mac lepas sebelum dipindahkan ke RSPAD pada 12 Mac.
"Duta Besar dan isteri ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Indonesia khususnya Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia kerana membantu dan memastikan mereka mendapat rawatan terbaik, serta semua doktor, jururawat dan kakitangan kedua-dua hospital untuk rawatan baik yang diberikan," menurut kenyataan itu.
Pasangan itu juga berterima kasih kepada Wisma Putra, ahli keluarga dan mereka yang mendoakan agar suami isteri itu segera sembuh, termasuk Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Jemilah Mahmood.
COVID-19 | Duta Besar Malaysia ke Indonesia, isteri positif
Zainal Abidin dan Sakhiah turut menzahirkan penghargaan kepada Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan pakar penyakit berjangkit Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang menyediakan sokongan dan nasihat pakar kepada Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Duta Besar Malaysia
#Datuk Zainal Abidin Bakar
#Datin Sakhiah Mohd Soom
#COVID-19
#Jakarta
#Fakulti Perubatan Universiti Malaya
#Kedutaan Besar Malaysia
#Jemilah Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan